Mohon Sumbangan Untuk Pembangunan Masjid Al-Azhar

Pendahuluan

Masjid Al Azhar yang sedang dalam pembinaan ini terletak di dalam kawasan Kompleks Pendidikan Al Azhar, di Mukim Gelong Jitra Kedah. Keluasan kompleks ini adalah seluas 26 relong.

Di dalam Kompleks ini terdapat Sekolah Rendah Al-Azhar (SRAZ) dan Sekolah Menengah Al-Azhar (SMAZ) serta lot-lot perumahan. Sekolah Rendah Al Azhar telah dimulakan pada tahun 1989 manakala Sekolah Menengahnya pada tahun 2006. Kini kedua sekolah ini mempunyai pelajar lebih kurang 500 orang.

Gambar di atas "Pemandangan masjid yang masih dalam pembinaan"


Sebagai sebuah sekolah agama swasta, prasananya dibiayai melalui wang yuran dan sumbangan
orang ramai. Kini pihak sekolah bersama PIBG bergabung tenaga menyediakan sebuah masjid yang dikenali dengan nama Masjid Al Azhar menggantikan tempat sembahyang sedia ada yang menumpang di bangunan kantin sekolah. Masjid ini nanti akan digunakan oleh pelajar dan orang ramai untuk tujuan sembahyang jamaah, pusat ilmu dan aktiviti dakwah.

Gambar di atas "Bangunan kantin yang dijadikan surau sejak tahun 1996"

Fakta Mengenai Masjid


  • Berkonsepkan bumbung piramid bertingkat ala Masjid tradisional Melayu.

  • Ruang dalam dikelilingi tembok bata dan corak “Islamic Geometric Pattern” untuk pengudaraan.

  • Ruang dalam digabungkan dengan lanskap

  • Keluasan ruang solat adalah 22 meter x 22 meter (73.3ka x 73.3ka) atau 5373 kaki persegi

  • Keluasan keseluruhan 752 meter persegi atau lebih kurang (6768 kaki persegi) tidak termasuk kaki lima

  • Berstruktur bumbung logam dan kemasan bumbung adalah genting.
  • Berlantai jubin (Heavy Duty)

  • Mempunyai tangki air berserta menara

  • Tandas

  • Kawasan tempat letak kereta
  • Jalan masuk bertar

  • Pembinaannya telah dimulakan pada Ogos 2007.
  • Kos pembiayaannya bersumberkan dari sumbangan dan wakaf daripada orang ramai.
Anggaran yang masih diperlukan adalah RM500,000.00 untuk menyiapkan ruang dalaman, Sistem Suara, Tangki air beserta menara, Bilik Air, tempat letak kereta dan jalan masuk bertar.

Amalan Wakaf/Infaq

Pengertian Wakaf ialah menyerahkan harta yang kita miliki untuk kegunaan umum masyarakat dengan niat sebagai ibadah mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Contoh Amalan Wakaf ialah apabila Baginda Rasulullah SAW membina Masjid Quba' yang dibina di atas tanah yang diwakafkannya ketika penghijrahan Baginda dan para sahabat ke Madinah. Begitu juga dengan pembinaan Masjid Nabawi di Madinah yang juga dibina dengan sumber wakaf.

"Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.”

Surah Al Imran: 92

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Apabila mati anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara, SEDEKAH JARIAH, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan kepadanya."

Hadis Riwayat Muslim


Peluang Mewakaf dan Menyumbang (Menginfaq)

Anda boleh menyumbang samada dalam bentuk lot wakaf atau sumbangan sejumlah wang tanpa mengikut lot wakaf. Ianya boleh dibuat untuk diri anda atau untuk orang yang tersayang dengan anda meniatkannya. Mudahan Allah menganjari pahala yang banyak dan berterusan kepada anda dan orang yang anda niatkan di atas sumbangan berkenaan.

Wakaf
Sebanyak 9150 lot wakaf dibuka kepada umum dan dijual dengan harga satu lot wakaf RM100.00. Anda bolehlah e-mail maklumat pembayaran kepada masjidalazhar@yahoo.com untuk makluman atau datang terus ke Sekateriat Pembangunan Masjid Al Azhar dan insyaAllah kami akan menghantar/memberikan kad wakaf berkenaan.

Sumbangan tanpa lot wakaf
Anda boleh nenyumbang tanpa kadar khusus terus ke akaun bank di bawah atau datang ke pejabat saketariat.

Sumbangan membantu memanjangkan maklumat ini
Kami amat berberbesar hati sekiranya maklumat ini (peluang menyumbang untuk projek pembinaan masjid) dapat dikongsi melalui sms atau anda meletakkan link website ini dilaman web anda. Semoga usaha kita menjayakan projek ini akan diganjari pahala oleh Allah swt.

_______________________________________________________

Akaun: TABUNG MASJID AL-AZHAR
Nombor akaun: 02093010003461
Bank Islam Malaysia Bhd (cawangan uum)
*Untuk sumbangan dari luar negara no swift Code:
BIMBMYKL
_______________________________________________________
Untuk keterangan lanjut sila hubungi:

Ustaz Hj. Sayuti Hj.Ramli (pengerusi wakaf/mudir)
Tel: 019 4460044
Ustaz Dr. Wan Ab Rahman Khudzri (Timbalan Pengerusi Wakaf /Pengerusi PIBG)
Tel: 019 4441594
En. Mazlan Abdullah (Bendahari Wakaf) Tel 013 6338023
atau

Sekateriat Pembangunan Masjid Al Azhar
d/a Sekolah Rendah Al-Azhar, Jalan Muda Kuari, Mukim Gelong, 06000 Jitra, Kedah.
Tel: 0194460044/04-04-9291758 (p)Faks: 04-9293744
_______________________________________________